KAMC CAMP ( juga dikenali sebagai KAMPUNG ACHEH TRAINING CENTRE ) menyediakan kemudahan bersepadu bagi tujuan seminar, mesyuarat, kursus, latihan kecergasan, aktiviti outdoor, summer camp, perkhemahan, jambori, program hari keluarga, acara tahunan persatuan/ syarikat/jabatan dan sebagainya. Di atas tanah kebun di tepi sungai terletak di kaki Gunung Jerai yang menyediakan halangan-halangan semulajadi dan kawasan lapang sesuai bagi latihan rohani dan jasmani.
Hampir dengan air terjun dan akses ke jungle trek yang merentasi kawasan sungai dan bukit dari Titi Hayun ke Gunung Jerai, pastinya sesuatu yang diidamkan para pencinta alam. Hanya beberapa minit berjalan kaki ke kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar mahupun Seri Perigi di mana pelbagai aktiviti rimba dan sungai dapat dijalankan.
KAMC Camp sedang bekerjasama dengan MathSpec Enterprise (syarikat consultant rekreasi dan seminar) dengan membenarkan akses kepada pelatih-pelatih mereka bagi menjalankan aktiviti outdoor dan seminar.
Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan Kampong Acheh, Yan kepada dunia luar. Tumpuan utama aktiviti KAMC adalah lebih kepada PELANCONGAN dan PENDIDIKAN.
Contact Us :
ADDRESS :
LOT 2505, KAMPUNG ACHEH, 06900 YAN, KEDAH, MALAYSIA
Tel: 019-4745321-Jazni, 60137788841- (Office )
Filed under: Uncategorized | Tagged: kamc, kampung aceh management centre, kampung acheh mnagement centre, kem kamc, kem kampung aceh, kg aceh yan | 3 Comments »